Lelaki mengaku salah rogol, liwat pelancong Australia di tanah perkuburanSeorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen George Town pada Jumaat terhadap dua pertuduhan merogol dan meliwat seorang pelancong wanita warga Australia, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.Tertuduh, S Prasanth, 25, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim, Juraidah Abbas selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Tamil.Dalam pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol seorang wanita warga Australia dan pada masa telah meletakkan mangsa dalam ketakutan, kematian atau kecederaan dengan mengacukan sebilah gunting besi kepadanya.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/736979/berita/semasa/lelaki-mengaku-salah-rogol-liwat-pelancong-australia-di-tanah-perkuburanMuzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.comCopyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #rogol #pelancong