Description
Sekiranya ini adalah kali pertama anda menonton video nasyid Iman Farrar ini, pasti anda akan percaya bahawa biadadari dunia itu sebenarnya wujud. MasyaAllah cantik sungguh ciptaanMu ya Allah. Indah benar ciptaanNya, bukan hanya setakat dikurniakan paras rupa yang sangat cantik malah turut juga dikurniakan dengan suara yang tersangatlah merdu, hingga menusuk kalbu setiap insan, sama ada lelaki, sehinggakan bergetar rusuk kiri mereka, mahupun wanita. Beautiful song, amazing voice. Subhanallah, absolutely stunning voice by the beautiful Malaysian singer Iman Farrar leading the Malay Chanting Group Nasheed at the multicultural Mega Mawlid Concert in 2013 in Sydney Australia, produced by 2MFM Muslim Community Radio there. The title of this nasheed is Rasullullah, originally sung and made popular by a Malaysian Nasyid Group Hijjaz. Subhanallah, sedap sungguh suaranya, lantang dan jelas. Tenang betul dengar nyanyian dia. Masa MAWLID 2011 SYDNEY pun dia ada nyanyi, masa tu masih remaja dan belasan tahun, dia mengalunkan nasheed Ya Tayba. Siapa Dia Iman Farrar: Anak Malaysia yang kini bermastautin di Sydney, Australia, Iman Farrar kini popular di negara kanggaru itu. Dia kerap diundang mengadakan persembahan bersama kumpulan nasyidnya. Iman bersama kumpulannya The Malay Chanting Group sering mendapat undangan mengadakan persembahan yang bukan hanya dihadiri masyarakat Malaysia, malah kelumpuk Islam lainnya. Mereka muncul dalam majlis berskala besar yang menjurus ke arah pengisian keislaman misalnya sambutan Maulidul Rasul dan sambutan acara lain lain. Khabarnya Iman adalah berasal dari Kelate dan menetap di sana. Groupnya dianggotai kesemua ahli wanita. Ada ibu serta adiknya, Khadeeja yang masih kanak-kanak. Iman ialah penyanyi utama kumpulan itu. Mereka mempersembahkan lagu-lagudalam bahasa Arab, Inggeris dan tidak ketinggalan lagu Melayu. lagu Cindai nyanyian Datuk Siti Nurhaliza juga dipersembahkan dengan lirik yang berbeza dengan judul Cindai Sifatullah. Mereka juga mempersembahkan lagu popular kumpulan Raihan. Insan istimewa ini mempunyai suara yang sangat gemersik merdu. Alhamdulillah beliau menggunakan suara yang merdu itu ke jalan yang tidak sia-sia dengan berdakwah untuk semua lapisan masyarakat supaya mencintai Islam. Semoga ada ganjaran yang baik untuk beliau. Lirik Lagu Rasulullah - Hijjaz Album : Cahaya Ilahi Rasulullah dalam mengenangmu Kami susuri lembaran sirahmu Pahit getir perjuanganmu Membawa cahaya kebenaran Engkau taburkan pengorbananmu Untuk umat mu yang tercinta Biar terpaksa tempuh derita Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya Tak terjangkau tinggi pekertimu Tidak tergambar indahnya akhlak mu Tidak terbalas segala jasa mu Sesungguhnya engkau Rasul mulia Tabahnya hatimu menempuh dugaan Mengajar erti kesabaran Menjulang panji kemenangan Terukir nama mu di dalam Al-Quran Rasulullah kami umatmu Walau tak pernah melihat wajah mu Kami cuba mengingatimu Dan kami cuba mengamal sunnah mu Kami sambung perjuanganmu Walau kita tak pernah bersua Tapi kami tak pernah kecewa Allah dan Rasul sebagai pembela -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kumpulan nasyid dari Thailand menyanyikan nasyid dari Malaysia. Sedap suaranya. Rasa bergeterar2 pon ade bila dengar nasyid ni... Sura merdu.. pakaian sopan.. cantik paras rupa.. sopan santun tingkah lakunya.. subhanallah..